Thursday, 11 September 2014

KESIMPULAN

RUMUSAN


Pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia memberi pelbagai manfaat.Malaysia mendapat pembiayaan dari bank Perkembangan Islam untuk melaksanakan projek pembangunan.Selain itu,dapat memajukan negara Malaysia dari aspek ekonomi,memperjuangkan hak asasi manusia dan sosio budaya.

MATLAMAT - MATLAMAT OIC, PBB, ASEAN DAN KOMANWEL.

ASEAN


  • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi,kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
  • Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
  • Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan.
  • Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
  • Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.


OIC
  • Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan,
  • Menubuhkan kumpulan 15
  • Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.
  • Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global.
  • Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.


PBB

  • Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
  • Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota.
  • Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa.
  • Melindungi hak asasi manusia.
  • Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.


KOMANWEL

  • Mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan ekonomi,pendidikan,pertahanan,pertanian dan perundangan yang baik.
  • Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan kerjasama dalam pelbagai bidang dikalangan negara anggota.
  • Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk dapat meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.



KOMANWEL
  • Rancangan Colombo(1950)-bantuan kewangan ,teknikal,biasiswa kepada pelajar Malaysia.
  • Tabung Ekuiti Komanwel-membantu Negara dalam modal perindustrian.
  • Dasar Aparteid (1960an)-bersama negara anggota Malaysia menentang dasar tersebut.
  • Deklarasi Langkawi mengenai Alam Sekitar.
  • Sukan Negara-negara Komanwel (SUKOM)-tuan rumah pada 1998.




PBB
  • Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa.
  • Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo (1960) bagi menamatkan perang saudara.
  • Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
  • Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
  • Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea
  • Menghantar pasukan pengaman ke bosnia.
  • Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan.



OIC
  • Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
  • Malaysia menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
  • Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air.
  • Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003.
  • Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia (UIAM).
  • Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002.


Wednesday, 10 September 2014

PERANAN DAN SUMBANGAN MALAYSIA


ASEAN
  • Menandatangani  Deklarasi Kuala Lumpur pada November 1971
  • Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman,Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
  • Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
  • Mengisytihar larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
  • Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN+3.
  • Memberi kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)




DASAR-DASAR MALAYSIA DALAM MEMAHAMI PERANAN ASEAN,OIC,KOMANWEL DAN PBB

  PENGENALAN

KOMANWEL

          Ditubuhkan pada 1931 dengan pimpinan Queen Elizabeth yang berpusat di Malborough House,London.Dianggotai oleh Negara-negara bekas jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan.


OIC
          
          Ditubuhkan pada 1969 di Rabat,Morocco dengan keanggotaan ahli sebanyak 57 buah Negara.Malaysia adalah pengasas OIC.


PBB

          Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945,Ibu pejabat di san Francisco(asal)berpindah ke New York 1946.Peringkat awal-51 buah anggota 189 buah -2002.Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.


ASEAN

          Ditubuhkan pada 8 ogos 1967 melalui Deklarasi  Bangkok.Ditubuhkan untuk mencapai matlamat menstabilkan politik serantau selepas kegagalan ASA dan MAPHILINDO.